BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 31 July 2011

rujukan

6. http://abdazizharjin.blogspot.com/
7.hadis teladan amal=dr.h.abujamin roham
8.pendidikan islam sebagai penggerak pembaharuan=basri agus
9.ustazah miah bt puteh ahmad
10.ustaz abd aziz bin harjin

penutup

Konklusinya,institusi pendidikan agama amat penting terhadap umat islam pada masa kini.Tanpa intitusi agama gejala sosial dan masalah di kalangan masyarakat kini tidak dapat dibendung dan makin melarat terutamanya dikalangan remaja kini.Sebenarnya peranan ibu bapa dan diri amat penting dalam mendalami ilmu agama,ibu bapa adalah model yang mencerminkan keperibadian anak-anak kerana anak-anak masih suci ketika kecil dan perlukan didikan agama yang sempurna.Semua itu datang dari sebuah tempat iatu institusi keagamaan.
Oleh itu,sebagai umat islam kita haruslah menghargai dan berfikir sejenak betapa pentingnya institusi agama dan pendidikan dalam diri kita .Tanpa guru yang mengajar betapa daifnya kita sebagai umat islam.Kerna ilmu akhirat penghubung antara kita dengan Maha Pencipta.
31:5
Sahih International
Those are on [right] guidance from their Lord, and it is those who are the successful.
 [surah luqman:5]


huraian

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-NASARIAH
Sekolah Agama berwarna kuning,hitam,putih ini adalah simbolik mengikut bendera Negeri Perak.Sekolah Agama ini diberi nama Sekolah Agama Rakyat Al-Nasariah Kampung Baru,Lambor Kiri,Perak.Sememangnya sekolah ini yang menjadi tempat pembelajaran saya dalam bidang agama setiap petang pada zaman sekolah rendah dahulu.Pada mulanya,sekolah ini hanya digelar Sekolah Agama Rakyat Kampung Baru,namun pada tanggal 12 July 1997 sekolah agama ini baru diluluskan untuk mendafdarkan nama baru sebagai Sekolah Agama Rakyat Al-Nasariah setelah penantian hampir 61 tahun.Untuk pengetahuan semua,bangunan yang masih berdiri megah ini ditubuhkan pada tahun 1950,7 tahun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Allahyarham Sulaiman Nordin merupakan orang pertama yang mengasaskan sekolah agama ini tanpa beliau penduduk setempat pada zaman dahulu tidak dapat mendalami ilmu agama.Saya tidak berkesempatan untuk bertemu waris beliau kerana ramai yang telah merantau.Kini setelah melalui zaman masa sekolah agama ini telah berwajah baru dan dinaiktaraf hasil sokongan kerajaan negeri dan penduduk setempat.Tahun 2011 juga telah menyaksikan berpindahnya jawatan guru besar daripada Ustaz Ta ke tangan Ustazah Miah bt puteh Ahmad.










KEMUDAHAN2 DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-NASARIAH
Menurut Guru Besar ,Ustazah Miah Bt Puteh ahmad,sekolah agama rakyat Al-Nasariah bukan saja mempunyai surau sendiri untuk beribadah malah mempunyai sebuah pondok yang boleh dijadikan ruang bacaan atau pembelajaran dalam taman yang kadangkala diamalkan oleh beliau.Selalunya pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan pelajar.Selain itu,terdapat juga ruang untuk pelajar2 mengambil wuduk mengikut pecahan jantina.Sekolah agama ini juga mempunyai sejumlah kelas yang banyak untuk menampung bilangan pelajar yang sedia ada
Menurut beliau juga,pada masa akan datang sekolah tersebut bakal mendapat kemudahan wifi dan sebuah ruang@perpustakaan untuk kemudahan pelajar2.Setakat ini sekolah agama tersebut masih dalam proses dinaiktarafkan demi keselesaan pelajar namun masih mengekalkan reka bentuk bangunan yang sama.Contohnya,Sekolah agama ini masih menggunakan loceng lama yang berusia hampir 61 tahun demi menghormati jasa pemimpin sekolah agama ini yang terdahulu.Kemudahan utama bagi sekolah ini ialah merupakan pusat bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa(UPKK) bagi 3 buah sekolah agama rakyat iaitu Sekolah Agama Rakyat Al-Nasariah.




















AKTIVITI DAN SUMBANGAN SEKOLAH AGAMA AL-NASARIAH
Pada tahun 2010 sekolah agama ini telah melakar sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya mendapatkan keputusan terbaik dalam UPKK.Ramai pelajarnya berjaya mendapat 7A berbanding tahun sebelumnya.Selain itu,sekolah ini juga sentiasa digeruni dalam pertandingan Khat,Nasyid dan Hafazan suatu ketika dahulu.Namun setelah keluarnya senior tahun sebelumnya Sekolah Agama ini sedang cuba untuk bangkit semula.Di samping itu,sekolah ini juga mengadakan aktiviti gotong royong perdana,pertandingan keagamaan serta melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti dianjurkan pihak agama samaada dalam daerah mahupun luar daerah.
 
CARTA ORGANISASI SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-NASARIAH
Berikut adalah carta organisasi yang sempat saya catatkan melalui temubual bersama Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Al-Nasariah.Menurut beliau semua ahli carta organisasi ini baru saja dilantik awal tahun ini kerana peralihan kuasa melalui mesyuarat Agung PIBG yang diadakan awal tahun ini.
PENGERUSI:
MOHD ZAIN BIN CHU SHARIN
TIMBALAN PENGERUSI:
MOHAMED HAMZAH BIN MAT SUKOR
SETIAUSAHA/GURU BESAR:
MIAH BT PUTEH AHMAD
PENOLONG S/U:
MEGAT HARUN BIN MEGAT YUSSOF
BENDAHARI/PENOLONG GURU BESAR:
ZURAINI BT MAT ARIS
AHLI JAWATANKUASA SEKOLAH:
SALMAH BT NGAH TALIB
PUTERI HAZIZAH
RATIFAH
ARDHI BIN GHAZALI
ZAINAL ABIDIN BIN ABD RAHMAN


HASIL TEMUBUAL ESKLUSIF
BIODATA DIRI
GURU BESAR
NAMA                             :MIAH BT PUTEH AHMAD
LAHIR                             :17 MEI 1951
PENDIDIKAN               :SEKOLAH MENEGAH AGAMA AZAZIAH PARIT,PERAK
LULUSAN                          :4 SANAWI DAN LCE
STATUS                           SUDAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 3 ORANG ANAK
PENGALAMAN             :HAMPIR  45 TAHUN MENGAJAR DISITU MEMBUATKAN
                                       MEMPUNYAI BANYAK KENANGAN SUKA DAN DUKA.TUJUAN
                                        BELIAU BERSIFAT TEGAS HANYA UNTUK MENDIDIK
                                        ANAK2 MENDALAMI ILMU AGAMA DENGAN MENDALAM.
GAMBAR                      :ATAS PERMINTAAN BELIAU,BELIAU TIDAK MAHU
                                        GAMBARNYA DISIARKAN

PENOLONG GURU BESAR
NAMA                           :ZURAINI BT MAT ARIS
LAHIR                            :7 JULY 1984
PENDIDIKAN              :SEKOLAH MENENGAH AGAMA SLIM RIVER((2006)
                                        :POLITEKNIK TANJUNG MALIM (2007-2009)
LULUSAN                         :SPM,DIPLOMA PEMASARAN
ASAL                               :IPOH,PERAK
STATUS                           :BUJANG




Saturday 30 July 2011

konsep institusi pendidikan agama

Pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan jaga dari segi bahasa.Manakala dari segi istilah,pendidikan boleh dihuraikan sebagai satu proses yang berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan bakat manusia dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang berilmu, baik tingkah laku dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat.
Firman Allah s.w.t. bermaksud :
“Dan Dia telah mengajar Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada Malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepada aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.”
(surah Al-Baqarah:31)
Manakala Hadith Rasulullah s.a.w.
“Allah mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan.”
Definisi pendidikan juga kerapkali menampakkan perbezaan dalam penekanan dan konsepnya di kalangan sarjana barat.Ahli falsafah Yunani yang terkenal,Plato mengatakan pendidikan bererti memberi keindahan dan kesempurnaan yang mungkin diberikan kepada jasmani dan rohani.Dilihat dari takrif yang diberikan Sarjana Barat, difahamkan bahawa pendidikan itu hanya sebagai proses melatih akal, jasmani dan moral supaya dibentuk menjadi manusia dan warganegara yang baik. Manakala menurut perspektif Islam, pendidikan mempunyai pengertian dan konset yang lebih luar atau syumul.
Prof. Hassan Langgulung(1987) menegaskan pendidikan sebagai merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu masyarakat melalui pelbagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari individu kepada individu yang lain; dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran, sementara indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.
Institusi Pendidikan Islam
Peringkat awal Islam
Tahap ini merangkumi pendidikan pada zaman Rasulullah (609-632M) dan para khulafah al-Rasyidih (632-661M).
Dar al-Arqam
Rumah merupakan tempat pendidikan awal yang diperkenalkan ketika Islam mula berkembang di Mekah. Rasulullah menggunakan rumah Arqam bin Abi al-Arqam di al-Safa sebagai tempat pertemuan dan pengajaran dengan para sahabat..Di Dar al-Arqam, Rasulullah mengajar wahyu yang telah diterimanya kepada kaum Muslim..
Masjid
Fungsi masjid selain tempat ibadat ialah sebagai tempat penyebaran dakwah dan ilmu Islam dan madrasah bagi kanak-kanak mempelajari ilmu agama & fardu ain.Masjid Quba’ merupakan masjid pertama yang dijadikan Rasulullah sebagai institusi pendidikan. Di dalam masjid, baginda mengajar dan memberi khutbah dalam bentuk halaqah di mana para sahabat duduk mengelilingi baginda untuk mendengar dan bersoaljawab berkaitan urusan agama dan kehidupan sehari-harian.
 Suffah
Al-Suffah merupakan ruang atau bangunan surau yang bersambung dengan masjid. Suffah boleh dilihat sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara teratur dan sistematik. Contohnya Masjid Nabawi yang mempunyai suffah yang digunakan untuk majlis ilmu.
Kuttab
Ia ditubuhkan oleh orang Arab sebelum kedatangan Islam lagi dan bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat rendah. Sungguhpun begitu, institusi tersebut tidak mendapat perhatian dari masyarakat Arab kerana sebelum kedatangan Islam, hanya 17 orang Quraisy yang tahu membaca dan menulis kemahiran-kemahiran asas seperti membaca dan munulis dilakukan oleh kebanyakan guru-guru yang mengajar secara sukarela.
Peringkat kedua
Peringkat ini merangkumi zaman kerajaan Umaiyyah (662-750M) dan Abbaisiyah (751-1258M). Pada zaman ini, institusi pendidikan yang awal seperti masjid dan kuttab terus dikembangkan hasil dorongan dan galakan dari para khalifah yang memerintah. Selain itu, institusi pendidikan tinggi dan lanjutan mula diperkenalkan sehingga melahirkan ramai golongan sarjana dan cerdikpandai Islam dalam pelbagai ilmu.
Manazil ulama & istana
Terdapat beberapa rumah ulama yang digunakan sebagai tempat pertemuan untuk majlis-majlis ilmu seperti rumah Ibnu Sina,Muhammad Ibnu Tahir Bahrom dan Abu Sulayman.
Perpustakaan
Perpustakaan secara umum boleh dibahagikan kepada tiga:
Perpustakaan Umum
Perpustakaan umum ialah perpustakaan yang didirikan untuk kegunaan orang ramai. Perpustakaan umum pertama didirikan oleh Khalifah Harun al-Rasyidin di Kota Baghdad dan dikenali sebagai Baitul Hikmah. Ia berfungsi sebagai gedung buku yang memuatkan buku-buku dan penulisan pelbagai bahasa seperti bahasa Yunani, Parsi, Hindu, Latin dan sebagainya.
Perpustakaan Semi Umum
Ia kebiasaannya kepunyaan khalifah atau raja-raja yang didirikan di dalam istana. Perpustakaan ini tidak dibuka kepada orang ramai tetapi hanya terbuka kepada golongan-golongan tertentu sahaja yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Umpamanya kerajaan Fatimiyah telah mendirikan perpustakaan terbesar di istana Kaherah untuk menyaingi perpustakaan khalifah-khalifah Baghdad
Perpustakaan Khusus
Ia merupakan perpustakaan persendirian yang tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perpustakaan ini melainkan empunya perpustakaan. Ia biasanya dibina oleh ulama dan sasterawan di rumah masing-masingContohnya, Perpustakaan Hunain Ibnu Ishaq.
Madrasah
Sekolah-sekolah atau madrasah mula didirikan sebagai mengantikan masjid-masjid yang sudah tidak dapat menampung keperluan pendidikan dari segi ruang dan kelengkapan pembelajaran. Madrasah Baihaqiyah merupakan madrasah pertama didirikan oleh penduduk Naisabur.
Institusi pendidikan amat penting pada zaman dahulu kerana tanpa pendidikan masyarakat Islam akan terus mundur dan mudah ditindas oleh masyarakat bukan Islam.Oleh kerana itu,Rasulullah S.A.W amat menitikberatkan pendidikan di kalangan kaumnya.seperti pepatah Arab ‘ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah’

pendahuluan

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya saya dapat menghasilkan kerja kursus tentang sejarah dan sumbangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Nasariah Kampung Baru Lambor Kiri,Perak dengan jayanya dan sempurna.
Tujuan esei ini ditulis adalah untuk berkongsi sesame manusia mengenai pengalaman temubual esklusif bersama Guru besar,sejarah dan sumbangan sekolah ini,asal-usul penubuhan sekolah ini serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan sekolah ini hingga berjaya memupuk  semangat perpaduan sesame Islam.
Plot esei ini adalah merangkumi sejarah penubuhannya sekolah agama rakyat dan sumbangannya terhadap masyarakat sekitar.Sekolah agama rakyat merupakan intitusi pendidikan yang lebih menekankan ke  arah pendidikan agama farhu ain dan farhu kifayah.Sebagai umat Islam mempelajari ilmu ini adalah wajib untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.Oleh itu,sekolah Agama rakyat merupakan gedung ilmu terbaik tanpa mengira umur untuk mempelajari dan mendapatkan pengetahuan seperti ilmu Akhlak,Fekah,Sirah Anbia,Tauhid,Tajwid dan sebagainya.
Harapan saya ialah saya berharap agar sekolah agama rakyat dapat dijadikan sekolah kedua selepas sekolah harian biasa bagi ibu bapa untuk menghantar anak-anak kecil supaya dapat mendalami ilmu agama.ini kerana ilmu agama amat penting dalam mencorakkan bangsa yang bertamadun.
Kesimpulannya,sebagai muslim dan umat Muhammad akhir zaman,kita haruslah tidak mengabaikan pendidikan rohaniah dan memandang serong terhadap sekolah-sekolah agama rakyat(SAR) kerana sesungguh sekolah tersebutlah yang berjaya membentuk umat islam sejati dan tokoh2 agama pada masa dahulu hingga mereka berjaya

abstrak

Pendidikan Agama menurut islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Ini dibuktikan dengan wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang menyuruh baginda membaca dalam keadaan beliau yang masih naif diceritakan di dalam surah Al-Alaq (سورة العلق)1-4.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ(1)خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ(2)اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ(3)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ(4)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang,
Bacalah dengan (menyebut)nama Tuhanmu yang menciptakan(1),Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah(2),Bacalah,dan Tuhanmu Yang Maha Mulia(3),Yang mengajar manusia dengan pena(4)
Di samping itu, wahyu ini juga mengandungi suruhan belajar mengenal Allah s.w.t., memahami fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsip akidah,fekah,akhlak,sirah anbia dan ilmu fardu ain. Kesemua prinsip ini merupakan teras kepada falsafah pendidikan Islam.Prinsip utama pendidikan islam ialah menjauhkan syirik terhadap Allah.Manakala prinsip-prinsip lain dlm pendidikan islam:-
   
 - Pendidikan tauhid
 - Pendidikan 'aqliah
  - Pendidikan akhlak
Institusi Pendidikan Islam pula adalah tempat pendidikan ilmu akhirat dan duniawi yang terkenal sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi sebagai salah satu tempat menyebarkan ilmu dan dakwah islam.Antara tempat pendidikan yang terkenal ialah Kuttab Suffah iaitu tempat kanak-kanak belajar menulis, membaca & mempelajari asas-asas ilmu bahasa serta pelajaran asas sebelum mereka ke masjid,Masjid juga merupakan salah satu gedung pendidikan selain tempat ibadah secara menggunakan sistem halaqah (berkumpulan),Rumah dan manazil ulama serta  Madrasah & maktabah.Oleh itu saya memilih untuk menggunakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai kajian kerja kursus CTU 101 ini.Sekolah Agama Rakyat merupakan sebuah sekolah yang menekankan ilmu agama berbanding ilmu duniawi.Pada zaman dahulu sekolah agama rakyat digelar sebagai sekolah pondok sebelum dinaik taraf sebagai sekolah pendidikan namun masih mempunyai tujuan yang sama mendidik anak-anak bangsa dalam bidang agama dan fardhu ain.Diharap kertas kerja ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang berguna kepada semua pihak pada nasa hadapan...Insyaallah...

Thursday 28 July 2011

muka hadapan

TAJUK
SEJARAH DAN SUMBANGAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM SEKOLAH AGAMA RAKYAT(SAR) KAMPUNG BARU LAMBOR KIRI,PERAK DARUL RIDZUAN

DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 101 UITM PERLIS

DISEDIAKAN OLEH
PUTERI NURAFIZAH BT MEGAT SHAMSUDDIN
2011436148
BMD1Bh

PROGRAM
DIPLOMA ANALISIS PELABURAN

TARIKH HANTAR
1 OGOS 2011