BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 22 July 2011

penghargaan

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya saya Puteri Nurafizah binti Megat Sahamsuddin dari group BMD1Bh Diploma In Investment Analysis berjaya menyiapkan kerja kursus Prinsip Asas Islam(CTU 101) berdasarkan tempoh yang telah diberi.

Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya laporan kajian ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas buat keluarga tercinta terutamanya ibu saya,Salmah Bt Ngah Talib dan bapa saya,Megat Shamsuddin bin Megat Zainudin yang telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Abd Aziz Bin Harjin,selaku pensyarah Prinsip Asas Islam(CTU 101)Universiti Teknologi Mara Perlis,yang telah banyak memberi panduan serta dorongan dan bimbingan sepanjang saya menjalankan kajian ini.Tidak lupa juga Ustazah Miah Bt Puteh Ahmad yang terlibat secara langsung sepanjang proses kerja kursus ini dijalankan serta memberikan kerjasama yang baik dan amat dihargai.

Sekalung budi juga buat Norazirah Bt Zakaria sahabat lama yang sudi meluangkan masa menemani saya sewaktu proses temubual eklusif ini dijalankan serta tidak lupa juga sahabat-sahabat group BMD1Bh yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian maklumat ini.Akhir kata , saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sehingga terhasilnya kerja kursus ini.Hanya ALLAh yang mampu membalas jasa baik semua.

SeKiAn..=)

0 comments: